Tanggal 28hb April 2007, rakyat Malaysia akan mengetahui siapakah yang bakal memenangi PRK Ijok. Ini adalah suatu keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh kesemua tokoh politik negara dan sebahagian masyarakat yang berminat dan cenderung ke arah politik. Walaubagaimanapun, bagi sebahagian lain pula, ianya adalah semata-mata keputusan yang tidak lebih dari satu pernyataan, menang dan kalah.
Ramai rakan yang bertanya siapakah yang bakal menang. Bagi saya, apapun tindakan BN di Ijok, baik dan buruk, dan apapun tindakan balas yang diambil oleh PKR, saya merasakan (pendapat peribadi) bahawa BN akan terus berkuasa di Ijok.
Ini berlandaskan kepada faktor perangai pengundi tempatan (dan majoriti di Malaysia juga) yang sentiasa complacent dan tidak sebegitu mudah untuk menukar haluan politik mereka. Kalaupun mereka berazam untuk memangkah parti lawan apabila menuju ke tempat undian, mereka cepat berubah rasa tatkala berada di dalam tempat undian untuk membuat pangkahan. Fenomena ini berlaku sejak azali lagi, sesuai dengan fitrah masyarakat kita. Walaubagaimanapun, sejarah telah membuktikan bahawa pernah terjadi di tiga negeri, kemenangan kerusi majoriti pernah jatuh ke tangan pembangkang pada suatu masa dahulu.
Jika dikaji secara mendalam, ketiga-tiga negeri tersebut sebenarnya tidak mengalami pembangunan drastik jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Maka bolehlah dikatakan bahawa ada "kriteria tertentu" yang membolehkan parti pembangkang menang kerusi majoriti sesuatu pilihanraya. Ianya samada negeri tersebut tidak semaju negeri lain ataupun kuasa ekonomi, politik dan sosialnya didominasikan oleh satu kaum tertentu sahaja. Malangnya, kriteria ini tidak kedapatan di Selangor amnya dan di Ijok khasnya. Maka, kedudukan BN bolehlah dikatakan selesa (walaupun tidak kukuh), hatta kemungkinan kekurangan majoriti yang boleh ditafsirkan juga sebagai hilang keyakinan.
Tetapi hakikatnya, kalah menang bukan ukuran sebenar PRK kali ini. Apa yang nyata, dari trend di 3 PRK, 2 sebelum ini dan satu di Ijok, ternyata politik akan hanya lebih gah dan berkuasa jika terdapat elemen wang, atau money politics. Semua tindak tanduk dan propaganda dijanjikan dengan sajian wang jutaan ringgit. Maka, ada yang tiba-tiba berpaling tadah dan menarik balik segala ugutannya yang dibuat dan disaksikan bukan sahaja oleh pengundi di Ijok malahan jutaan rakyat Malaysia. Ada pula yang bersandiwara dan berdamai setelah bergaduh selama lebih dari 20 tahun. Adakah semua ini dibuat atas nama parti dan rakyat di Ijok? Saya ragu dan musykil sekali. Wang mungkin punca segala perlakuan tersebut walaupun disangkal sekeras-kerasnya oleh mereka yang terlibat.
Bagaimana pula dengan "peruntukan tiba-tiba" diadakan untuk pembangunan Ijok? Dari manakah sumber dana ini? Jika ADUN lama masih hidup sekarang dan berkuasa selama 10 tahun lagi, maka saya jamin Ijok akan berada di tahap lama selama 10 tahun lagi. Ini bukan kerana mendiang tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat tetapi kerana tiada siapa akan melayan beliau kerana Ijok begitu kecil dan tidak dikira penting. Banyak lagi tempat yang memerlukan pembangunan dan pembaharuan di Selangor.
Apapun, politik wang terang-terangan ini adalah satu trend yang amat berbahaya kepada negara, bangsa dan agama. Ianya adalah satu jenayah tetapi malangnya boleh diubah tafsirannya mengikut kehendak dan pendapat pemimpin.
Maka, dengan rasminya, secara terang dan terbuka, pihak yang mempunyai keupayaan dan kuasa begitu mudah dapat mempengaruhi pengundi (vote-buying) dengan sewenang-wenangnya tanpa rasa takut dan jijik dengan rasuah. Apakah akan terjadi kepada istilah dan terjemahan democracy di Malaysia pada akhirnya?
Jika trend sebegini masih berlaku di masa kan datang, awaslah, nescaya negara kita akan terancam dengan bencana.
23 April 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comments:
World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold v3f6n7ox
Post a Comment